Quantcast
Channel: DONNYIEN.COM » bible verse
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

Tanda terkena saka dan rawatannya

$
0
0

Selamat sejahtera.

Masih lagi dalam mood motivasi, jika post sebelum ini adalah berkaitan dengan Forgiveness atau sikap mudah memaafkan antara satu sama yang lain, kali ni [izinkan aku menggunakan "saya" dalam entry kali ini] saya ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai pendapat saya mengenai  Saka, sihir, jin, tangkal, dan yang sewaktu dengannya atau saya lebih suka mengatakan Roh jahat [Evil Spirit] . Tapi saya bukan pakar dalam soal yang berkaitan dengan saka atau bab-bab ilmu hitam ni ok. Sudah dinyatakan bahawa dalam dunia ini ada dua perkara yang akan menentukan hidup manusia di akhirat iaitu yang baik dan yang jahat. Yang baik pastinya datang daripada yang Maha Esa dan yang jahat datangnya daripada si iblis aka Devil. Orang yang baik dan beriman pasti mendapat balasan baik dan orang yang jahat juga akan mendapat balasan yang setimpal  di Akhirat nanti. Namun sekiranya orang yang baik mengalami perkara yang buruk dalam hidupnya mahupun dalam keluarganya, ingatlah bahawa itu bukanlah kehendak Allah namun itu semua adalah pekerjaan si Iblis untuk menjatuhkan mereka, anda dan saya kerana itulah pekerjaan si iblis di dunia ini, supaya pada masa “kiamat” nanti si iblis mempunyai ramai Followers mengikutinya ke dalam Neraka nanti. Sebagai peringatan kepada anda dan juga saya supaya sentiasa mengingati dan menuruti perintah Allah, beramal, berbuat baik sesama makhluk ciptaanNya tidak kira sesiapapun.

Saka dan keturunan

Back to year 2006 [sekitar tahun ini], adik perempuan saya telah terkena Saka yang diturunkan daripada nenek moyang kami. Walaupun saya tidak mempunyai fakta mengenai penurunan saka ini tetapi daripada pemerhatian saya, nenek moyang saya ni memang ada mengamalkan ilmu hitam atau dalam bahasa KadazanDusun Bobohizan. Teringat lagi waktu budak-budak lagi saya pernah melihat dan memegang segala tangkal [kami panggil "Komburongo"] di rumah mereka. Mujurlah Pakcik dan Makcik saya sudah pun buang dan bakar semua “Tuhan” yang di peliharanya 2 tahun yang lalu dan sempat di bapist sebelum pakcikku meninggal pada bulan 6 tahun ini.

Saka ni biasanya dijadikan pendamping, pembantu, penjaga manusia atau “Khadam” pada zaman dahulu kala dan akan diwariskan kepada keturunannya setelah atau sebelum mereka meninggal dunia. Namun menyimpan Saka adalah satu dosa besar kerana dikatakan meminta pertolongan dari benda lain Selain Allah yang maha esa.

Allah mengatakan..

“Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku, tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada perintah-perintah-Ku.” Exodus 20:4-6

Masa tu dia hampir menamatkan pengajiannya di UMS Sabah. Saya sebenarnya amat kagum dengannya sebab dia merupakan diantara pelajar yang cerdik di dalam kelasnya berdasarkan keputusannya. Namun pada satu hari, sesuatu yang pelik dan tragis terjadi pada dirinya. Dia mula mengalami beberapa simptom yang pelik. Teringat lagi ketika dia pernah beberapa kali meninggalkan Kampusnya [balik ke kampung dengan menaiki bas] tanpa membawa apa-apa barang penting peribadinya. Mungkin dia terlalu stress dengan peperiksaan yang dihadapinya ketika itu dan merindui keluarganya di kampung sangka kami pada mulanya. Namun ia berlaku beberapa kali sehingga pada suatu hari fikirannya menjadi tidak menentu apabila dia mengalami kemurugan, tidak mahu bercakap, sering berdiam diri, sering menyendiri, duduk lama-lama seolah-olah banyak masalah yang dia fikirkan.

Simptom atau gejala lain yang mungkin dialami oleh seseorang yang terkena saka [gangguan roh jahat] adalah seperti berikut;

-Susah tidur pada waktu malam atau sering terjaga, sering bermimpi buruk atau seram berlaku seperti melihat imej hitam berkeliaran dan mengancamnya sewaktu tidur ataupun terjaga kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang mendengarnya, mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi berada di tempat kotor atau di kawasan perkuburan, berdiri dan berjalan ketika tidur [emak cakap, ia pernah terjadi kepada saya ketika waktu kecil], simptom-simptom lain adalah seperti rasa sakit satu badan seperti bahagian tulang, sendi-sendi, otot, ada ketumbuhan yang sukar di ubati, sentiasa berasa seperti ada bebanan berat yang melekat dalam diri, pening kepala tanpa sebab, selalu mengantuk, selalu rasa letih dan tidak bermaya, selalu panik, tidak tenteram dan jiwa selalu lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup, mudah marah dan panas baran, selalu emosional sensitif terhadap benda-benda kecil, [ lagi emosi bila perkara besar berlaku] dan yang selalu leka mengingati dan menuruti perintah Allah.

Walaupun kami sudah banyak kali membawanya ke hospital namun tidak banyak yang mampu di lakukan oleh doktor kecuali kasi ubat bertimbun-timbun. Kami juga sudah banyak kali berulang-alik berjumpa dengan pakar sakit puan dan tukang urut namun penyakitnya tidak pandai sembuh-sembuh. Ada yang rekomen supaya berjumpa dengan dukun @ pawang untuk menyembuhkan penyakitnya. Wang ringgit yang digunakan untuk merawatnya juga sudah banyak digunakan namun apa yang kami dapat hanyalah hampa dan kecewa.

Penyakit adik saya ini terus berlanjutan sehingga beberapa tahun lamanya. Salah satu benda yang menghairankan saya pada masa itu, adik perempuan saya ni tidak mahu makan dan minum sehingga 4 hari namun masih bertahan. Badannya sekamin kurus dan mulut selalu penuh dengan buih dan ludah, suruh buang baru mau bergerak. Memang merisaukan sekali apatahlagi seorang ibu melihat keadaan anaknya yang menderita penyakit misteri ini. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu. Boleh tengok gambar adik saya di FB saya disini.

*Ini hanya pandangan saya sendiri mengenai penyakit yang adik saya alami ni, ada yang mengatakan dia terkena sihir kerana kebijaksanaannya dalam kelas [kes cemburu] dan pelbagai lagi andaian lain mengenainya,

Saya bertemu dengan isteri saya ketika bekerja di Pulau Pinang sekitar tahun 2005, masa itu kami masih bercinta dan thank’s God sebab saya di pertemukan dengan isteri yang beriman. Beberapa tahun kemudian, dia memperkenalkan saya kepada seorang Pastor di Gerejanya ketika itu. Kami membawanya berjumpa dengan Beliau beberapa kali. Sejak dari itu, kesihatannya semakin baik dengan izin Allah.

Saya pasti sesiapa sahaja hamba Allah yang percaya dan setia kepadaNya serta mempunyai iman yang tinggi pasti dapat melawan segala kuasa jahat. ”Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu.” Mat 17:20

Walaupun keadaan adik saya lebih baik daripada sebelum ini, akan tetapi ada masa dan ketika penyakitnya akan datang kembali dan dia akan jatuh sakit sampai berminggu-minggu. Begitulah yang dialaminya sejak kebelakangan ini hingga kehari ini. Walaupun jarang balik berjumpa dengannya, we keep praying for her everyday. Semoga dia akan sembuh sepenuhnya dan kuat menghadapi dugaan Allah. Hanya dengan berdoa setiap hari dan berserah sepenuhnya kepada Allah adalah jalan yang terbaik untuk merawat dan menjauhi segala kejahatan. Apa yang paling penting dan utama dalam hidup kita bukanlah harta dunia dan pangkat kerana inilah yang melalaikan kita.. tetapi marilah kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah supaya sentiasa dijauhkan daripada segala kuasa jahat dan tabah menghadapi segala pencobaan dan dugaan. Tidak kira apapun agama kita, jangan sesekali membelakangi yang Maha berkuasa. Dia yang Alfa dan Omega. yang pertama dan terakhir.

*****

Donny: Bersyukur kerana sentiasa diberikan dugaan olehNya, tanpa dugaan kita akan terus leka di dunia ini, apabila sampai saatNya tiba, adakah kita sudah bersedia?

 

 

 

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


Love Quotes Tagalog


Dino Rey para colorear


Libros para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dibujos para colorear de perros


Toro para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


RE: Mutton Pies (mely)


Ang Nobela sa “From Darna to ZsaZsa Zaturnnah: Desire and Fantasy, Essays on...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Winx Club para colorear


Orquidea para colorear


Sapos para colorear


Renos para colorear


Dromedario para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tropa Quotes


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario


El Vibora (1971) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC